Azhad @ Blogdrive



Sunday, January 13, 2008
Di Mana Sharlinie

Sharlinie Mohd NasharSharlinie Mohd. Nashar, 5, dilaporkan hilang ketika bermain bersama kakaknya  di padang permainan yang terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya di No. 29,  Jalan PJS2C/11N, Taman Medan, Petaling Jaya.Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed  berkata, mangsa diculik kira-kira pukul 11.30 pagi. Ketika itu mangsa  sedang leka bermain bersama kakaknya, Sharliena yang berusia lapan tahun.Menurut beliau, ketika hilang, mangsa yang mempunyai tiga adik-beradik memakai  baju-T dan skirt berwarna biru muda serta selipar warna merah jambu.Sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat berkaitan kes Sharlinie ini boleh menghubungi mana-mana balai polis yang berhampiran atau bapa Sharlinie, Mohd Nashar 016-270 9096 / 016-258 3450 atau Balai Polis Daerah Petaling 03-7966 2222 atau Polis 999. Baca seterusnya...

Posted at 23:03 by azhad
 

Previous Entry Home Next Entry
Dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Belajar dan bekerja di sekitar Lembah Klang. Bermastautin di negeri Selangor Darul Ehsan. Anak sulong dari 4 orang adik beradik. Berkahwin dan mempunyai dua orang anak.

Nukilan Jejari Azhad


   


<< January 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed